POLISI PEMULANGAN WANG
(REFUND POLICY)

Edu4Ummah | Versi 1.0 – Tahun 2025

 

1. Prinsip Umum

 

Setiap bayaran penyertaan atau sumbangan yang dibuat kepada program anjuran Edu4Ummah dianggap sebagai satu bentuk sokongan terhadap misi pendidikan dan kebajikan organisasi. Oleh itu, pihak Edu4Ummah berhak menetapkan terma dan syarat pemulangan wang mengikut keperluan serta kesesuaian operasi program.

2. Permohonan Pemulangan Wang

 

Permohonan pemulangan wang hanya akan dipertimbangkan dalam situasi berikut:

a) Pembatalan program secara rasmi oleh pihak Edu4Ummah.
b) Kesilapan teknikal seperti pembayaran berganda.
c) Kecemasan yang sah dan disokong dengan bukti bertulis (contohnya surat hospital, laporan polis dan sebagainya).

Permohonan mestilah dikemukakan secara bertulis dalam tempoh 7 hari bekerja dari tarikh transaksi atau tarikh pengumuman rasmi pembatalan.

 

3. Situasi Yang Tidak Layak Untuk Pemulangan Wang

 

Tiada pemulangan wang akan diberikan dalam situasi berikut:

a) Penarikan diri secara sukarela selepas pendaftaran disahkan.
b) Kelewatan hadir, ketidakhadiran, atau perubahan keputusan peribadi selepas program bermula.
c) Permintaan yang dikemukakan selepas tarikh akhir yang ditetapkan.

 

4. Akad yang Digunakan

 

Setiap program yang melibatkan urus niaga kewangan akan menggunakan akad berikut:

  • Akad Bai’ Salam (jual beli dalam bentuk tempahan), dan

  • Akad Wakalah (pelantikan wakil untuk melaksanakan ibadah/program).

 

5. Prosedur & Tempoh Pemulangan

 

Sekiranya permohonan refund diluluskan, pemprosesan akan dilakukan dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh kelulusan rasmi oleh pihak Edu4Ummah. Jumlah akan dipulangkan ke akaun asal yang digunakan semasa transaksi pembayaran.

 

6. Keputusan Adalah Muktamad

 

Segala keputusan berkenaan permohonan pemulangan wang adalah tertakluk kepada pertimbangan dalaman pihak pengurusan Edu4Ummah dan adalah muktamad. Edu4Ummah berhak menolak sebarang permohonan yang bercanggah dengan polisi, etika, atau prinsip pengurusan amanah.

 

7. Penafian (Disclaimer)

 

Edu4Ummah sentiasa komited terhadap prinsip ketelusan dan integriti dalam setiap urusan. Polisi ini digubal bagi melindungi hak semua pihak serta memastikan kelangsungan program-program kebajikan dan pendidikan yang dijalankan. Dengan menyertai mana-mana program kami, anda dianggap telah membaca, memahami dan bersetuju dengan segala terma dan syarat yang dinyatakan.

 


Pengesahan Peserta

 

[ ] Saya telah membaca dan bersetuju dengan Terma & Syarat Pemulangan Wang Edu4Ummah. (wajib ditandakan untuk meneruskan penyertaan)