Mengenai Kami
Kata - kata aluan
Mengenai Kami
Pertubuhan Pendidikan Ummah Sejahtera telah ditubuhkan pada Januari 2023. Ilham penubuhan ini dicetuskan oleh Ustaz Ubaid bin Akla dan Rakan seperjuangannya.
Tujuan penubuhan pertubuhan ini adalah untuk membantu anak-anak golongan yang susah bagi mendapat pendidikan Islam secara Percuma!
Usaha ini dapat dicapai dengan mengumpul dana yang berterusan bagi menampung kos operasi sekolah agama, pondok tahfiz dan mengadakan kelas mengaji percuma bagi golongan yang susah.
Kami menyeru anda semua untuk bersama kami memastikan anak-anak fakir miskin dan anak yatim mendapat pendidikan yang sepatutnya, bi iznillah.
Semoga idea ini mendapat sokongan daripada semua lapisan masyarakat,aamiin.
jom Sertai kami ^_^
Ustaz Ubaid Hj Akla,
Pengerusi
Visi Kami
"Memastikan SEMUA kanak-kanak dari golongan miskin mendapat pendidikan Islam yang berterusan"
Matlamat Kami
Kebanyakan Sekolah agama dan Pusat Tahfiz mengambil anak-anak pelajar yang dari golongan susah dan tidak berkemampuan. Anak-anak pelajar ini belajar ilmu agama dan suatu hari nanti bakal menjadi ustaz yang alim dan soleh untuk membimbing kita semua, aamiin.
antara program yang dianjurkan adalah kursus tahsin solat, mengaji Al-Quran dan kelas membaca. Selain itu, program sukan dan sumbangan kelengkapan persekolahan juga dijalankan.
Bantuan Sara Hidup ini berbentuk makanan ruji atau pun wang ringgit diberikan kepada keluarga anak-anak B40 untuk mengurangkan beban mereka sertai menggalakkan mereka untuk terus istiqamah menuntut ilmu
Kami juga turut membantu anak-anak pelajar yang ingin melanjutkan pelajaran ke luar negara seperti ke Universiti Al-Azhar dan ke Jordan.
Pengerusi
Ustaz Ubaid bin Akla
TImbalan Pengerusi
Setiausaha
Encik Mohd hafizuddin bin Abdul Rasid
Bendahari