Program & Aktiviti Kami
program : Cilik Celik Al-Quran
Dijalankan sepanjang bulan
Program Cilik Celik Al-Quran ini fokus kepada membantu anak – anak fakir miskin dan anak yatim untuk belajar membaca Al-Quran . Program bersasar ini dijalankan agar semua anak-anak bangsa kita dapat belajar mengenal Al-Quran walaupun tidak berkemampuan.
PROGRAM : Waqaf Al-Quran
Dijalankan sepanjang bulan
Al-Quran yang diwaqafkan oleh Tuan/Puan akan diberikan keutamaan kepada kanak-kanak berumur 6 – 18 Tahun melalui program Cilik Celik Al-Quran.
Selain itu, Al-Quran ini juga diwaqafkan ke Madrasah yang memerlukan dalam dan luar negara seperti Afrika & Kemboja
PROGRAM : WAQAF PENDIDIKAN
Dijalankan secara berkala mengikut keperluan sekolah agama
Melalui program ini, Tuan/Puan boleh bersedekah atau mewaqafkan sejumlah wang untuk membantu sekolah agama yang memerlukan.
Kami akan membuka borang pengumpulan derma sekiranya ada sekolah agama yang memerlukan dana untuk menambah kelengkapan mengajar, sejadah dan lain.